Google
 

Jadikan bulan madu lebih menarik



Bulan madu sering kali dianggap sebagai satu rutin kebiasaan yang dilakukan bagi pasangan pengantin setelah selesai upacara perkahwinan mereka diadakan. Pastinya anda mahukan suasana bulan madu yang romantik dan istimewa supaya ia dapat meninggalkan memori yang indah buat anda berdua.

Namun, perlu diingat bahawa bulan madu merupakan sebahagian acara yang penting dalam memulai hidup anda bersama pasangan, tanpa ada gangguan dan semestinya ia lari dari kehidupan rutin anda sebagai orang bujang. Lantaran itu, dalam merencanakan detik permulaan bulan madu di sini, beberapa panduan untuk mempersiapkan bulan madu anda supaya ia berjalan dengan lancar.

1. Jika anda merancang untuk berbulan madu setelah selesai hari pernikahan, siapkan barang-barang peribadi anda secukupnya dalam bagasi. Justeru, perlu dingatkan bahawa simpan tiket kapal terbang, pasport, peta perjalanan dan baucer hotel agar ditempatkan di lokasi yang mudah diingat.

2 Sekiranya anda merancang untuk berbulan madu di luar negeri jangan lupa menukarkan wang asing secukupnya. Perkara ini penting bagi memastikan bahawa perjalanan anda tidak terganggu dan berjalan dengan lancar.

3. Disarankan juga untuk membawa kad kredit sebagai alat transaksi agar anda tidak khuatir sekiranya kekurangan wang lantaran itu ia juga berfungsi sebagai pengambilan wang tunai jika terdapat pengeluaran di luar perkiraan perbelanjaan anda.

4. Agar bulan madu anda berjalan seperti yang dirancang, catatlah nombor telefon agen perjalanan anda. Ia penting sekiranya terjadi perubahan jadual atau anda ingin memanjangkan lagi waktu bulan madu anda.

5. Bawalah pakaian dan kelengkapan lain yang secukupnya dan sesuaikan dengan keadaan cuaca tempat yang akan anda kunjungi. Sediakan kelengkapan sampingan peribadi seperti topi, kaca mata pelindung/hitam, krim untuk sinar matahari dan kelengkapan peribadi yang lain seperti ubat-ubatan.

6. Jangan lupa membawa pasport atau kad identiti anda. Lantaran itu, bawalah telefon bimbit untuk keperluan dan daftarlah telefon anda pada panggilan antarabangsa.

7. Akhirnya sebagai pelengkap bulan madu anda jangan lupa untuk membawa alat dokumentasi seperti kamera atau ‘handycam’. Jangan segan-segan untuk meminta tolong daripada orang sekitar anda untuk mengabadikan saat kenangan yang mungkin tidak akan berulang.

No comments: