Google
 

Panduan mencari...erm, mengorat ?


Panduan mencari...erm, mengorat ?
Renungkan.

Hayati dan fahami.

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangi mu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika memaafkanya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal?

Dipetik dari: Pengantin.Com

Untuk khidmat Fotografi Perkahwinan
Lawat
http://zoomer.fotopages.com/

Kehangatan Malam Pertama


Malam itu bulan mengambang penuh, Sejuk dan sunyi, Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan. Namun jantungku berdebar kencangAku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau. Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang sajaDialah yang pertama bagiku. Malam sudah hampir subuh. Aku masih terpaku lagi. Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku. Orang lain semua masih tidur. Kata orang inilah masa yang paling sesuai. Sebelum subuh. Sebelum matahari terbit

Ahhhhhhhhh!! Aku lelaki. Aku mesti boleh melakukannya. Mesti mesti mesti. Ku beranikan diri.Ku pandang saja.Dia diam saja. Ku renung matanyaDia masih diam. Aku tahu dia menunggu aku. Akulah yang mesti melakukan.Mesti mesti mesti.

Denyutan jantungku bertambah kencang
Kuberanikan diri lagi
Ku pegang kepalanya
Dia masih diam
Perlahan, ku raba belakangnya
Oh! Dia bergerak
Mungkin geli
Denyutan jantungku tidak terkira lagi

Ku pandang punggungnya yang bulatbesar,
terlintas di fikiranku
gatal di hatiku makin menjadi
ku pegang punggungnya yang pejal
ku dengar deru nafasnya
jantungku hampir meletup kurasa
geramku tidak tertahan lagi
kini aku sudah nekad
ku pegang susunya
ohhhh! Alangkah lembutnya
alangkah halus kulitnya
ku ramas perlahan
dia menoleh!!
Hampir pengsan ku rasa
Namun aku tahu aku sudah bersedia
Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk
Aku sudah tidak malu lagi
Aku sudah tidak takut lagi
Aku kangkangkan kedua kakinya
Ku letakkan kedua tanganku pada susunya
Besar dan penuh
Ku ramas pelahan
Lagi dan lagi
Kini aku sudah tahu
Kini aku sudah rasa
Bagaimana seronoknya
Memerah susu lembu...

Dipetik dari: Syokkahwin.Com

Untuk khidmat Fotografi Perkahwinan
Lawat

PETUA-PETUA KAHWIN


Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

*Sentiasa berdoa agar disayangi.
*Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
*Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
*Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
*Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
*Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
*Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
*Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
*Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
*Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
*Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
*Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
*Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
*Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
*Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
*Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
*Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
*Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
*Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
*Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
*Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
*Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
*Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
*Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
*Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
*Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
*Sentiasa lakukan ibadah bersama.
*Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
*Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
*Urut belakang isteri sekali sekala.
*Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
*Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
*Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
*Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
*Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
*Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
*Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
*Lebihkan isteri daripada anak-anak.
*Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
*Seeloknya masuk tidur serentak.
*Belai isteri sebelum pergi kerja.
*Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
*Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
*Lakukan riadah bersama isteri.
*Pergi berkelah sekali sekala.
*Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Untuk khidmat Fotografi Perkahwinan
Lawat
http://zoomer.fotopages.com/